Powered By Blogger

01 March 2011

Aone..

Alhamdullillah, syukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya kita dapat berbicara di ruang ini. Tulisan ini ditulis bukan hanya untuk mencari kesalahan sesiapa, cuma hanya inginkan kita sepasukan bermuhasabah dengan 'Episod Luka Kita'. Hari ke hari, untiTTle Fc menunjukkan keserasian corak permainan yang menarik. Tapi tidak dapat dinafikan, permainan yang kita tunjukkan sebelum ini berbeza dengan sekarang. Tidak tahu mana puncanya silap kita ketika perlawanan2 sebelum ini. Kita seolah-olah tidak lagi bermaya di atas padang dan semangat cepat luntur ketika pasukan kita ketinggalan. Kita harus sedar, cukup banyak pasukan di luar sana yang hebat akan tetapi kita sebagai sepasukan haruslah mengambil inisiatif untuk maju kehadapan setanding pasukan2 lain. Tak perlu aku sebutkan pasukan2 amatur yang ketika ini sedang meniti kejayaan demi kejayaan. Bola sepak merupakan permainan yang terlalu banyak menggunakan tenaga, oleh itu kita harus meningkatkan tahap kecergasan kita. Ya, pasukan kita baru setahun jagung penubuhannya, tetapi tidak akan sekali-kali membiarkan pasukan kita pasukan yang tiada maruah. Memang kita bermain hanya suka2, tetapi kita haruslah meningkatkan tahap permainan kita kepada tahap yang lebih tinggi lagi. Adakah kita hanya ingin melepaskan batuk di tepi tangga?? Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ayat2 ini harus kita tanamkan di dalam jiwa kita supaya kita dapat bersemangat ketika bermain sepasukan. Percayalah sahabat2ku, insyaallah! satu hari nanti kita akan jadi satu pasukan yang digeruni pihak lawan sekiranya kita same2 berusaha untuk maju kehadapan. Jutaan terima kasih pada penganjur Aone yang sanggup mengadakan pertandingan ini. Marilah kita bersama-sama membuktikan kepada masyarakat yang di luar sana kita adalah pasukan yang hebat. "Tunjukkan Taringmu, Hapuskan Lawanmu".      
    

No comments:

Post a Comment

Followers