Powered By Blogger

23 May 2011

Rentap Futsal 2011

                                                                    


                                              ..بسم الله الرحمن الرحيم


Mungkin ini adalah masa yang sesuai untukku menyampaikan kata-kata semangat buat sahabatku yang akan beraksi di Rentap futsal 2011 di putrajaya. Kita semua mempunyai satu matlamat dalam pertandingan ini iaitu menjadi juara di kategori kita(larut malam). Memang tidak dapat dinafikan area kL@selangor kebanyakan mereka mempunyai bakat yang hebat,tetapi kita datang dari jauh selain daripada menimba pengalaman kita juga datang dengan harapan yang besar. Tuah manusia siapa yang tahu kalau kita tidak mahu mencuba nasib di pertandingan ini walaupun saingan yang cukup sengit dan hebat. Walaupun kita bermain bukan dengan line up asal, tetapi aku yakin member hafiz mempunyai komitmen yang tinggi dalam futsal. Jutaan terima kasih kepada kosmo dan kementerian belia dan sukan yang menganjurkan acara yang sihat ini untuk belia di Malaysia. Ayuh sahabatku kita mengangkat tangan berdoa kepada ALLAH supaya kita dipermudahkan urusan untuk bergelar juara dan tidak mustahil kerana kita bukannya pasukan pilihan untuk menjadi juara dan kita tidak diberi tekanan dalam pertandingan ini INSYAALLAH!!!. A for الله, A for Team, A for Me.   
   

No comments:

Post a Comment

Followers