Powered By Blogger

23 May 2011

Rentap Futsal 2011

                                                                    


                                              ..بسم الله الرحمن الرحيم


Mungkin ini adalah masa yang sesuai untukku menyampaikan kata-kata semangat buat sahabatku yang akan beraksi di Rentap futsal 2011 di putrajaya. Kita semua mempunyai satu matlamat dalam pertandingan ini iaitu menjadi juara di kategori kita(larut malam). Memang tidak dapat dinafikan area kL@selangor kebanyakan mereka mempunyai bakat yang hebat,tetapi kita datang dari jauh selain daripada menimba pengalaman kita juga datang dengan harapan yang besar. Tuah manusia siapa yang tahu kalau kita tidak mahu mencuba nasib di pertandingan ini walaupun saingan yang cukup sengit dan hebat. Walaupun kita bermain bukan dengan line up asal, tetapi aku yakin member hafiz mempunyai komitmen yang tinggi dalam futsal. Jutaan terima kasih kepada kosmo dan kementerian belia dan sukan yang menganjurkan acara yang sihat ini untuk belia di Malaysia. Ayuh sahabatku kita mengangkat tangan berdoa kepada ALLAH supaya kita dipermudahkan urusan untuk bergelar juara dan tidak mustahil kerana kita bukannya pasukan pilihan untuk menjadi juara dan kita tidak diberi tekanan dalam pertandingan ini INSYAALLAH!!!. A for الله, A for Team, A for Me.   
   

01 March 2011

Aone..

Alhamdullillah, syukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya kita dapat berbicara di ruang ini. Tulisan ini ditulis bukan hanya untuk mencari kesalahan sesiapa, cuma hanya inginkan kita sepasukan bermuhasabah dengan 'Episod Luka Kita'. Hari ke hari, untiTTle Fc menunjukkan keserasian corak permainan yang menarik. Tapi tidak dapat dinafikan, permainan yang kita tunjukkan sebelum ini berbeza dengan sekarang. Tidak tahu mana puncanya silap kita ketika perlawanan2 sebelum ini. Kita seolah-olah tidak lagi bermaya di atas padang dan semangat cepat luntur ketika pasukan kita ketinggalan. Kita harus sedar, cukup banyak pasukan di luar sana yang hebat akan tetapi kita sebagai sepasukan haruslah mengambil inisiatif untuk maju kehadapan setanding pasukan2 lain. Tak perlu aku sebutkan pasukan2 amatur yang ketika ini sedang meniti kejayaan demi kejayaan. Bola sepak merupakan permainan yang terlalu banyak menggunakan tenaga, oleh itu kita harus meningkatkan tahap kecergasan kita. Ya, pasukan kita baru setahun jagung penubuhannya, tetapi tidak akan sekali-kali membiarkan pasukan kita pasukan yang tiada maruah. Memang kita bermain hanya suka2, tetapi kita haruslah meningkatkan tahap permainan kita kepada tahap yang lebih tinggi lagi. Adakah kita hanya ingin melepaskan batuk di tepi tangga?? Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ayat2 ini harus kita tanamkan di dalam jiwa kita supaya kita dapat bersemangat ketika bermain sepasukan. Percayalah sahabat2ku, insyaallah! satu hari nanti kita akan jadi satu pasukan yang digeruni pihak lawan sekiranya kita same2 berusaha untuk maju kehadapan. Jutaan terima kasih pada penganjur Aone yang sanggup mengadakan pertandingan ini. Marilah kita bersama-sama membuktikan kepada masyarakat yang di luar sana kita adalah pasukan yang hebat. "Tunjukkan Taringmu, Hapuskan Lawanmu".      
    

04 January 2011


Alhamdullillah, rasanya kita semua sudah pun mengetahui squad Malaysia telah berjaya pada kejohanan AFF Suzuki Cup pada tahun lepas, tahniah. Kini Malaysia menduduki ranking bolasepak 144 dari 203 negara. Suatu ketika dulu sekitar tahun 90 an, Malaysia telah pun menduduki ranking 70. Satu pencapaian yang membanggakan untuk semua rakyat Malaysia khususnya bagi fan "die hard" local team. Sekarang tinggal untuk Malaysia mengecapi kejayaan yang akan mereka tempuh di masa yang akan datang. Kita sedia maklum bahawa Malaysia telah mengalami zaman kemerosotan, akibat daripada itu kebanyakan fan tak amik p0t pasal Malaysia. Tetapi pada kejohanan AFF Suzuki Cup kita dapat menyaksikan berapa ramai peminat telah membanjiri stadium. Jelas ini seakan mengembalikan suasana bolasepak pada zaman Allahyarham Super Mokh, kebanyakkan fan melihat momentum itu dengan penuh bangga malah ada yang sampai meremang bulu roma melihat fenomena ini. Kita beramai-ramai memeriahkan stadium untuk memberi moral support kepada pasukan Malaysia. Di satu sudut yan lain, sebenarnya Malaysia mempunyai bakat yang banyak. Akan tetapi semua sedia maklum sukan bolasepak di Malaysia kurang menjamin masa depan berbanding bolasepak di Eropah. Malaysia harus mengkaji skim berpencen untuk pemain2 sukan sekiranya Malaysia inginkan kejayaan yang lebih besar. Bukan kita mahu mengecilkan gaji pemain2, tetapi tiada jaminan untuk pemain2 masa hadapan. Kalau kita ingin membezakan gaji pemain kita dengan pemain2 Eropah terlalu jauh untuk kita samakan. Sekiranya skim berpencen dilaksanakan di Malaysia, saya yakin Malaysia akan melahirkan generasi sukan yang berkualiti. Kita mengetahui du8 merupakan pelengkap untuk hidup, sekiranya kita tidak mengambil langkah awal dalam pembangunan sukan kita akan kehilangan "bisa" di pentas antarabangsa. Negara2 Eropah dan Amerika Latin cukup banyak melahirkan pemain2 yang berkualiti, kebajikan pemain sudah kita dapat gambarkan melalui pendapatan mereka. Kita perlu sediakan pasukan yang mantap seperti sekarang bukan sahaja di Asean, akan tetapi di dunia. Sekiranya fenomena ini berlaku, akan ramai yang ingin mewakili local team dan di situ akan banyak persaingan yang sihat serta kita akan dapat membentuk pasukan yang hebat. Insyaallah harapan rakyat Malaysia ingin menyaksikan squad Malaysia membina nama di dunia akan tercapai andaikata Malaysia mengunakan pendekatan ini. Article ini ditulis hanyalah untuk memberi pendapat berdasarkan pemahaman orang2 lama. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!          

25 November 2010

Serba sedikit mengenai kami!!!

Assalamualaikum semua.. Di kesempatan ini, sementara masih ada ruang untukku berbicara di ruangan ini, xkan aku sia-siakan masa ini..  Pada awal penubuhan team ni, aku p0wn xterlalu xcited untuk menubuhkan team ni sehinggalah hafiz (captain) mengutarakan idea yang gempak kumpul player untuk dijadikan team.. Ketika itu, line up Ex,Pali,Hafiz dan aku.. Setelah aku dipertanggungjawab menggalas tugas ini, aku p0wn mencari r player.. Mule2 aku ajak Pun (untittle.fc), past 2 aku ajak Amir (Park JingSun) hee..Amir rec0mmend Syam ngan sepupu die Syafiz.. Maknanya team ni da jd 8 owg, ak igt team ni mcm bse2 je..tapi aku silap ble ak tgk Hafiz ngan Pun semangat cri jersey utk kami, setelah baik pnye pusing2 Penang.. Kami p0wn jmpe jersey,jenama Kika.. Aku dan bersel0r0h ngan team ak ni, nanti kal0 kte da t0p meletup mst kite pnye team jd duta Kika,hee.. Aku igt ni je line up kami, tp Pun kenalkan Man yg ala2 Ro0ney g2.. Betul Hafiz ckp, team futsal kne byk 0wg.. Kal0 ad ape2, ad back up.. Teng0k Pali kje 4time, cyan r plak nk ganggu nanti penat plak die.. Aku sembang ngan Pali, kami xm0 r ganggu hg.. Kal0 hg free, j0m men skali.. Tutup cter ni, game official kami mule2 lawan ngan PsP (budk2 rumah adik aku) mse 2 r penmpilan pertama Man, Syafiz puji turning Man Mahal.. Hee, tapi Man l0w pr0file owgnye.. Macam Syafiz gak, die ni men b0la ngan akademi kedah dulu (Nani) .. Selain itu, Hafiz p0wn player Selang0r dlu, Amir wakil Perak.. Tapi b0lh ktekan team ni semua bgus ble men b0la, mybe rezki je xde.. Aku je cikai men b0la,huhuhu.. Setelah banyak game kami harungi, aku dpt bter ad game liga 1 Malaysia.. Aku p0wn c0llect r du8 nk j0in t0urnmnt ni, semua berjln ngan lancar.. Kami p0wn set jadual friendly r ngan team mne2 yg b0lh friendly.. Ble t0urnmnt da dkt, b0lh plak tisu lutut hafiz terk0yak.. Memg cdey r time 2, kami khlgn defend berpengalaman.. Past 2 ak p0wn kne menggalas tugas captain, kami training kt Stadium Keladi.. Memg ak bangga gler c0mitment team aku, b0lh turun training sme.. Memg m0ral team ak time 2 tinggi gler.. Tibe r msenya utk fight gler2 dlm tournmt 2, tp rezki xde cternya.. kalah di prgkat kmpuln,siap bw ph0t0grapher lg 2(St0ne) tanz byk2.. Kalah bermaruah adalh lebih baik, kami still teruskan game harian seperti biasa.. Tapi kami ad r skt pr0blem dgn kecederaan hafiz, hafiz suh cri defend s0wg lg.. Tugas 2 aku serahkan pada Amir, Amir adlh owg yg bertggjwb masukkan Megat.. Megat memg cun r men, semua tmpt b0lh men.. Kira p0sisi team kami da terbahagi pd 2, "Defender&Attacking" Defender = Hafiz(captain),Megat,Syam,Aku.. Attacking = Syafiz,Amir,Pun(ex Keeper)Ex, Keeper = Man(ex Attacking).. Hari demi hari, permainan kami semakin baik. Kombinasi diantara player memg cun.. Syafiz ad ckp, Walaupun team ni bukanlah perfect..tapi semgt team ni menjadikan Untittle.fc kuat.. Insyaallah, sekiranya kami ad rezki.. Kami akan menggapai impian kami!!! 

Training..(maaf pic len xdan edit)




06 November 2010

Friendly..

Alhamdullilah..Berkat Usaha kami untuk meningkatkan tahap permainan telah mendapat perhatian dari Squad Arena kulim..Kami akan mengadakan Friendly dengan mereka dalam masa yang terdekat..Insyaalah!!!

Followers