Powered By Blogger

04 January 2011


Alhamdullillah, rasanya kita semua sudah pun mengetahui squad Malaysia telah berjaya pada kejohanan AFF Suzuki Cup pada tahun lepas, tahniah. Kini Malaysia menduduki ranking bolasepak 144 dari 203 negara. Suatu ketika dulu sekitar tahun 90 an, Malaysia telah pun menduduki ranking 70. Satu pencapaian yang membanggakan untuk semua rakyat Malaysia khususnya bagi fan "die hard" local team. Sekarang tinggal untuk Malaysia mengecapi kejayaan yang akan mereka tempuh di masa yang akan datang. Kita sedia maklum bahawa Malaysia telah mengalami zaman kemerosotan, akibat daripada itu kebanyakan fan tak amik p0t pasal Malaysia. Tetapi pada kejohanan AFF Suzuki Cup kita dapat menyaksikan berapa ramai peminat telah membanjiri stadium. Jelas ini seakan mengembalikan suasana bolasepak pada zaman Allahyarham Super Mokh, kebanyakkan fan melihat momentum itu dengan penuh bangga malah ada yang sampai meremang bulu roma melihat fenomena ini. Kita beramai-ramai memeriahkan stadium untuk memberi moral support kepada pasukan Malaysia. Di satu sudut yan lain, sebenarnya Malaysia mempunyai bakat yang banyak. Akan tetapi semua sedia maklum sukan bolasepak di Malaysia kurang menjamin masa depan berbanding bolasepak di Eropah. Malaysia harus mengkaji skim berpencen untuk pemain2 sukan sekiranya Malaysia inginkan kejayaan yang lebih besar. Bukan kita mahu mengecilkan gaji pemain2, tetapi tiada jaminan untuk pemain2 masa hadapan. Kalau kita ingin membezakan gaji pemain kita dengan pemain2 Eropah terlalu jauh untuk kita samakan. Sekiranya skim berpencen dilaksanakan di Malaysia, saya yakin Malaysia akan melahirkan generasi sukan yang berkualiti. Kita mengetahui du8 merupakan pelengkap untuk hidup, sekiranya kita tidak mengambil langkah awal dalam pembangunan sukan kita akan kehilangan "bisa" di pentas antarabangsa. Negara2 Eropah dan Amerika Latin cukup banyak melahirkan pemain2 yang berkualiti, kebajikan pemain sudah kita dapat gambarkan melalui pendapatan mereka. Kita perlu sediakan pasukan yang mantap seperti sekarang bukan sahaja di Asean, akan tetapi di dunia. Sekiranya fenomena ini berlaku, akan ramai yang ingin mewakili local team dan di situ akan banyak persaingan yang sihat serta kita akan dapat membentuk pasukan yang hebat. Insyaallah harapan rakyat Malaysia ingin menyaksikan squad Malaysia membina nama di dunia akan tercapai andaikata Malaysia mengunakan pendekatan ini. Article ini ditulis hanyalah untuk memberi pendapat berdasarkan pemahaman orang2 lama. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!          

No comments:

Post a Comment

Followers